CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, 11 June 2011

Kadangkala Prasangka Buruk Itu Perlu..

    Hari ni aku nak cakap pasal "Berprasangka Buruk". Kadang2 perlu untuk kita memikirkan jika saesuatu yg buruk berlaku pada kita. Sebab tu la aku suka tengok cerita2 yang mencabar supaya aku dapat amik pengajaran untuk bertindak dalam situasi tertentu. Kat bawah ni aku ada senaraikan benda2 / situasi yang korang harus berjaga2.

     1.Naik je kereta kena kunci pintu

Fuh, ni benda yang paling penting sekali kalau korang naik kenderaan, expecially kereta la kan.. Kalau   motor macam mana pulak la nk kunci ye tak? huhu. Kenapa aku cakap benda ni penting? Ok ni la pentingnya untuk kita berprasangka buruk,. Mana la tau kan teibe je ada orang yang datang bukak pintu kau, kelar , ragut or curik kereta kita. Benda mcm ni mmg posible untuk berlaku. Tambah2 kalau kereta korang tgah dalam keadaan berhenti. Sebenarnya dah banyak dah peringatan kpd mereka kat luar sana yang pakai kenderaan, tp aku tak tau la kenapa diorang tak jadikan "mengunci kereta sbg habbit". Pada mereka yang pakai kereta yang automatik lock tu xpe lar.

     2. Sentiasa mengunci pintu rumah / bilik (hostel)

Ini pon penting untuk keselamatan la kan. Mane la tau kalau ada orang amuk terus masuk rumah, and ni pon langkah berjaga2 dari jadi mangsa kecurian. Untuk langkah keselamatan, kalau rumah korang dekat bandar n korang duduk seorang je, x yah la nk berkeliaran sangat dekat laman rumah, even tu laman rumah korang and berpagar. Mayb korang rase selamat sebab dalam kawasan rumah yang berpagar, tapi korang tau tak macam2 leh jadik. Orang jahat dan orang yang terdesak makin ramai kat negara kita ni. So jom kite tegok video kat bawah ni.


Korang tengok je video ni korang mesti faham kan ape yang terjadi. Cube korang tgok betapa senangnye peragut tu lompat pagar n meragut. Video ni membuatkan aku realise, even ko dekat kawasan rumah, ko still kena berhati, kot2 ada motor or kereta yang mencurigakan berhenti kat depan rumah korang.

     3. Berjalan ke parking park dengan laju dan secepat mungkin.

Ok ni lagi satu benda yang aku takot sangat2. Parking park expecially indoor parking park yang duk dalam bangunan tu la. Aku pernah g Mid Night movie dengan kakak aku. Just aku n akak aku je la. Bis je movie teros cari kereta kat parking lot. Mak aii memang seram gila larr. Mana tak nya kereta tinggal beberapa bijik, pastu plak aku ngn kakak aku jek yg ade kt ctu nk cari kereta. So ape lagi, teros la aku fikir negatif and teringat cerita SAW (bahagian kt parking lot) fuhh meremang bulu roma, raba lak poket xde bnda yang leh dijadikan senjata, yang aku ada perfume and akak aku pegang kunci kereta (leh wat cocok mata org hahahah)

     4. Berkhemah di hutan, air terjun, pantai dan sebagainya. 

Aku nak sangat berkhemah dengan kawan2, dekat tepi air terjun or pantai. Tp aku terlampau berfikiran buruk. Tp ada betulnya apa yang aku fikir. Contohnya lah, kawan2 aku nak pergi berkhemah dekat tepi pantai. Pantai yang kitorang nk pergi ni mmg gelap, lain la kalau korang sendiri yang nak setting lampu. Tp yang menjadi masalahnya kitorang takde transportation. So diorang nak naik bas. Memang la boleh tapi time ko nak berkhemah and overnight malam tu, kalau ada ape2 jadik macam mana nak lari, bertindak or sebagainya? Sebab benda yang keselamatan ni sume kite kena pk lorh..

     5.Membawa senjata yang boleh mempertahankan diri.

Ni pon sebagai pengajaran kepada aku sendiri. Apa yang aku boleh pikir paper spray, perfume (untuk memedihkan mata), dan peluang untuk larikan diri. Pastu korang boleh sentiasa bawak alat stationery contohnya macam pencil, pen, gunting (gnting kertas biasa BUKAN nye yg besar), pisau (x salah aku pisau yang boleh kita bawak, pisau yang tolak tarik tu la, alaaa yg waktu sekolah kite gne untuk potong kertas n ape2. Yang boleh kunci tu la. BUKAN pisau rainbow or pisau yang mak ko masak tu. Nanti tak pepasal kena tuduh ada niat plak kang.

     Ok la setakat ni je la entry aku pasal ni. Nak g tgok tv pulak. Aku cuma nak kongsi apa yang aku tahu dan sebagai peringatan kepada korang semua untuk sentiasa berjaga. Tambah2 kita ni orang perempuan, lemah. Tu la kite disarankan untuk belajar seni mempertahankan diri. ok bye2

Sekian ~ ~ ~ ~

No comments:

Post a Comment